My Add

Saturday, 18 August 2012

Impian belikan baju untuk adik berkecai


*AHMAD Salih menenangkan isterinya, Noriah Hashim selepas kematian anak mereka, Rahaizar Farareez (gambar kecil) di rumah mereka di Jalan Merbok 2, Felcra Changkat Lada, Teluk Intan, semalam.

TELUK INTAN, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Impian seorang anak mahu membelikan pakaian baru untuk ahli keluarganya untuk dipakai di pagi Aidilfitri musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maharajarela, Hutan Melintang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Rahaizar Farareez Ahmad, 23, yang bekerja di sebuah kilang eksesori kereta di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Felcra Changkat Lada di sini.

Ibunya, Noriah Hashim, 60, berkata, anak kelapannya itu sempat menghubunginya sebelum bertolak dari Shah Alam dan memintanya membeli ayam untuk dibuat sup sebagai juadah berbuka puasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment