My Add

Tuesday 28 August 2012

Infrastruktur tak memuaskan punca pelabur tak pilih Kelantan

JERLUN, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata punca utama Kelantan gagal menarik pelaburan asing adalah disebabkan negeri itu tidak memiliki infrastruktur yang baik.

Beliau berkata pelabur asing mementingkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih yang sempurna, kemudahan lebuh raya serta pelabuhan yang dapat memudahkan urusan penghantaran bahan mentah.

"Kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah sabotaj negeri-negeri yang dikuasai pembangkang malah turut menarik pelaburan (ke negeri berkenaan) untuk jangka masa panjang," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri bersama mahasiswa Jerlun, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment