My Add

Tuesday 28 August 2012

Norway akan hantar pakar akuakultur ke Malaysia

PUTRAJAYA, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Malaysia akan menerima tujuh pakar akuakultur dari Norway pada Oktober ini di bawah dua perjanjian kerjasama yang dimeterai antara kedua-dua negara hari ini.

Perjanjian tersebut adalah Rangka Kerja Kawal Selia Akuakultur di Malaysia serta Perjanjian Kerjasama Institusi yang akan membolehkan kerjasama antara Pusat Pembangunan Kerjasama Perikanan Norway dengan Jabatan Perikanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, melalui perjanjian tersebut pegawai dari Malaysia akan berpeluang mempelajari kepakaran industri akuakultur air tawar dan air masin yang dimiliki Norway. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment