My Add

Tuesday 28 August 2012

Undang-undang urus niaga dalam talian

BERA, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mewujudkan undang-undang urus niaga dalam talian bagi menjamin perniagaan lebih telus.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan itu satu draf undang-undang perniagaan dalam talian akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen akan datang.

Jelasnya, draf undang-undang itu kini dalam peringkat akhir kajian Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan.

Menurutnya, undang-undang berkaitan dilihat sangat perlu berikutan kecenderungan orang ramai khususnya di kalangan orang muda membeli produk melalui Internet.

"Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan setiap syarikat berdaftar dengan agensi itu sebelum menawarkan produk di Internet. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment