My Add

Thursday 23 August 2012

Isu hudud: Nik Abduh selar Karpal



Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, RABU, 22 Ogos, 2012: Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment