My Add

Friday 3 August 2012

Jangan runtuhkan keharmonian - TPM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat memelihara keharmonian negara dan masyarakat dengan menggunakan kebijaksanaan memilih pemimpin yang boleh meneruskan tanggungjawab mentadbir kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pilihan yang dibuat kelak perlulah bersandarkan kepada kejayaan kerajaan menjamin keamanan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu.

Dengan pilihan yang tepat katanya, rakyat pelbagai kaum dan agama boleh hidup dengan harmoni dan meneruskan ibadat masing-masing tanpa bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarga.

Menurut beliau, kerajaan yang bertanggungjawab juga berupaya menjamin nilai agama dan budaya setempat dengan menolak unsur-unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kita aman dan tenteram kerana ada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan memimpin supaya orang Melayu tidak bergaduh dengan orang India, atau orang India tidak bergaduh dengan orang Cina," katanya.

Muhyiddin berucap pada majlis berbuka puasa dengan penduduk sekitar Wangsa Maju anjuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment