My Add

Tuesday 28 August 2012

JCI Malaysia di Iskandar

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Pembukaan Johan Cruyff Institute (JCI) Malaysia di hab pendidikan Educity di Nusajaya di sini bakal menyaksikan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran dan sukan di Asia.

Tanpa mahu mendedahkan secara terperinci mengenai projek itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd. (IIB), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, semuanya bakal terjawab bulan depan.

Beliau berkata, pengasas JCI yang juga merupakan legenda bola sepak Belanda dan Pengurus Pasukan Sepanyol, Johan Cruyff bakal menyaksikan pertukaran dokumen berhubung perkara tersebut semasa melawat Iskandar Malaysia pada 4 September ini.

Menurutnya, kunjungan Cruyff yang pertama seumpamanya ke Asia Tenggara, bakal menyaksikan pertukaran dokumen antara JCI Malaysia dan anak syarikat Education@Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (EISB) yang juga merupakan anak syarikat IIB. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment