SHAH ALAM, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) masih menunggu pendaftaran masuk kira-kira 2,500 pelajar ke asrama kampus induk Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini.
Ketua Residen Komuniti Siswa JNSB, Norashikeen Mohd. Stap berkata, setakat ini hanya 241 pelajar telah mendaftar dan mengambil kunci bilik asrama mereka, termasuk 159 orang yang datang hari ini.
Berikutan itu kata beliau, pihaknya atas permintaan pihak pengurusan Unisel akan membuka kaunter selama setengah hari bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang esok bagi membolehkan pelajar yang memulakan pengajian Isnin ini mendaftar.
"Kita ingin mengingatkan para pelajar agar membawa slip i-daftar dan resit pembayaran semasa mendaftar agar mereka mendapat kunci bilik asrama masing-masing. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment