My Add

Saturday 25 August 2012

Usaha bantu bebaskan George Lipih dihargai

PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Kementerian Luar menghargai usaha pelbagai pihak khususnya Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO kerana membantu membebaskan rakyat Malaysia yang diculik lanun di Nigeria, George Lipih Ambo.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, turut membantu usaha itu adalah majikan George, Sea Truck Group (STG), Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Abuja dan pihak berkuasa Nigeria.

Menurutnya, pada masa ini, George bersama tiga rakannya dari Indonesia, Iran dan Thailand yang diculik telah dibawa ke sebuah hospital di Port Harcourt, Lagos di Nigeria untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sejurus dibebaskan lanun pada Rabu lalu.

"Majikan George telah memaklumkan pembebasannya kepada pihak keluarga," katanya dalam kenyataan tersebut.

George bersama tiga rakan setugas lain diculik dalam serangan lanun ke atas kapal tangki mereka bertugas pada 4 Ogos lalu. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment