My Add

Saturday 25 August 2012

KWPKB tiada kompromi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) tidak akan berkompromi dengan keselamatan penduduk yang menjadi mangsa kejadian tanah mendap di Kampung Pindah, Kampung Baru minggu lalu.

Sehubungan itu, sembilan keluarga yang terlibat dengan kejadian itu tidak akan dibenarkan pulang ke rumah sehingga keadaan telah disahkan selamat.

Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, notis untuk mengosongkan rumah telah diserahkan kepada keluarga yang terlibat pada minggu lalu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Katanya, sembilan keluarga terlibat juga mendapat sumbangan ehsan masing-masing RM1,000.

“Dalam kejadian tanah mendap ini, terdapat 18 rumah terlibat dan empat daripadanya berada pada tahap serius. Saya berharap keluarga yang terlibat dapat memahami perkara ini dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment