My Add

Tuesday 28 August 2012

Kaji pengurusan wang mesin ATM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Pihak bank disaran mengkaji semula mekanisme pengurusan penghantaran wang ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) oleh syarikat keselamatan yang dilihat turut menyumbang kepada risiko rompakan di mesin ATM.

Pengarah Eksekutif Securiforce, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, ketika ini syarikat keselamatan tidak mengambil tanggungjawab ke atas keselamatan wang di ATM selepas memasukkan wang tersebut.

Disebabkan itu, kata beliau, pihak bank perlu mengambil pengawal keselamatan berasingan untuk menjaga keselamatan mesin ATM tersebut sedangkan tanggungjawab berkenaan sepatutnya dipikul syarikat keselamatan.

"Pihak bank tidak seharusnya berkompromi dalam isu ini jika mereka benar-benar serius mahu memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment