My Add

Tuesday 28 August 2012

Mustahil isu tunggakan subsidi air selesai

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Kerajaan negeri Selangor dilihat tidak mungkin dapat menyelesaikan hutang air lebih RM300 juta kepada para penduduk yang mendiami 1,378 pangsapuri di negeri itu yang tidak pernah mendapat manfaat air percuma.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, adalah mustahil kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat menunaikan janji-janji mereka termasuk keseluruhan tunggakan subsidi air itu apatah lagi dalam tempoh singkat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Bukan mudah untuk kerajaan negeri menyelesaikan tunggakan bernilai lebih RM300 juta kepada beribu-ribu penghuni pangsapuri yang terlepas pandang itu. Paling rumit kerana kesemua mereka merupakan pengguna meter pukal.

"Sementelah, isu ini sudah berlanjutan selama lima tahun, jika kerajaan negeri begitu prihatin dengan nasib rakyat, pasti sejak dulu lagi tindakan sudah diambil. Dalam tempoh sesingkat ini, memang tidak masuk akal mereka mampu menyelesaikan hutang-hutang tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment