My Add

Friday 24 August 2012

Perbanyakan lesen perbankan domestik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) menggesa lebih banyak lesen perbankan domestik disediakan untuk peniaga India bagi membantu memperkasakan taraf sosioekonomi golongan itu secara keseluruhan.

Presidennya, Madhu Sudan Nair berkata, usaha itu penting bagi membantu peniaga India memajukan perniagaan mereka, sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini.

''Walaupun kerajaan telah dan sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk kaum India, namun masyarakat tidak boleh sentiasa bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan dana.

''Jadi dengan pemberian lesen perbankan domestik ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lebih penyertaan peniaga India dalam ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkaitan penganjuran Pameran Pembinaan India Malaysia Pertama (MIBEX 2012) di sini hari ini.

MIBEX 2012 yang akan berlangsung pada 8 dan 9 September ini di Little India, Brickfields dijangka dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel.

Pameran tersebut diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran rakyat mengenai keupayaan kontraktor India tempatan dalam industri pembangunan dan pembinaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment