My Add

Thursday 23 August 2012

Kerajaan Pusat bantu selesai masalah air bersih

KOTA BHARU, KHAMIS. 23 Ogos, 2012: Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan sedang mengenal pasti 20 kawasan di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah untuk pemasangan alat penapis air bagi memproses air dari sumber sungai dan telaga.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kos pemasangan alat penapis di kawasan terbabit dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menambah peruntukan bagi pemasangan alat penapis tersebut kerana prihatin dengan nasib penduduk di kawasan terbabit yang berada di tahap kritikal untuk mendapatkan air bersih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga JPP Kelantan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera mengatasi masalah bekalan air bersih di Kampung Derdap di Tumpat dan Kampung Kubang Bemban di Pasir Mas, dengan memasang alat penapis yang setiap unit berharga RM95,000 bagi memproses air telaga.

Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata langkah segera Kerajaan Persekutuan itu berikutan bekalan air bersih yang dibekalkan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kepada penduduk di kawasan terbabit tidak mencukupi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment