My Add

Friday 3 August 2012

Kerajaan tepati janji bantu pekebun

Oleh OPAT RATTANACHOT 
SUNGAI PETANI, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pekebun kecil apabila menaikkan kadar bantuan tanam semula getah yang dikendalikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kadar bantuan tanaman semula tersebut dinaikkan kepada RM9,230 bagi setiap hektar di Semenanjung Malaysia berbanding hanya RM7,000 sehektar sebelum ini.

Sementara di Sarawak dan Sabah pula katanya, kadar bantuan terbabit turut dinaikkan kepada RM13,500 dan RM14,000 sehektar.

"Janji-janji kerajaan kepada masyarakat pekebun kecil setakat ini telah pun ditepati. Malah, tahun ini, kerajaan telah meluluskan RM397 juta kepada RISDA iaitu yang paling tinggi dalam sejarah untuk melaksanakan program tanam semula dan program pembangunan lain supaya lebih ramai pekebun kecil mendapat manfaat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment