My Add

Monday 27 August 2012

Sri Lanka derma empat kornea mata


*S. Balachandran (dua dari kiri) menerima empat kornea mata daripada K. Godage (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera (kiri) di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Ogos, 2012: Harapan empat rakyat Malaysia untuk pulih daripada masalah penglihatan akan termakbul tidak lama lagi apabila bank mata milik Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka sekali lagi mendermakan empat pasang kornea mata kepada negara ini.

Keempat-empat pasang kornea mata itu akan diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menyempurnakan pemindahan kornea tersebut kepada pesakit yang sedang menunggu untuk dibedah.

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, K. Godage berkata, usaha itu selaras dengan hasrat negara berkenaan untuk terus menjadi negara yang paling banyak mendermakan mata kepada masyarakat dunia yang memerlukan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment