My Add

Friday 24 August 2012

Kukuhkan pelan transformasi

Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Perancangan mantap Bajet 2013 mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa panjang selain mengukuhkan pelan Transformasi Ekonomi.

Pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam (gambar) berkata, Bajet 2013 wajar diteliti dan diberi penekanan bagi mengekalkan ekonomi pada kadar pertumbuhan jangka masa lebih panjang.

"Kita jangan terlalu selesa dengan pencapaian awal ini (jangkaan Bank Negara) tetapi perlu bersedia menghadapi pelbagai ancaman ekonomi global," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

"Pencapaian itu belum boleh dibanggakan kerana dunia kini sedang dilanda pelbagai krisis serius serta ancaman ekonomi, malah Malaysia sendiri masih mengalami masalah sosio ekonomi dan politik yang kritikal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment