My Add

Friday 24 August 2012

Pelajar dibelasah setelah dijadi ‘umpan’ kumpulan samseng

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota kumpulan samseng bertindak menculik seorang pelajar sekolah di Kepong di sini untuk dijadikan ‘umpan’ bagi mendapatkan ‘musuh’ mereka.

Lebih malang, mereka turut menetak tangan mangsa, A. Kumanan, 17, dengan parang dan membelasah sebelum meninggalkan remaja itu di tepi jalan setelah lelaki yang dikehendaki mereka itu enggan datang untuk bertemu.

Dakwa Kumanan, lelaki yang dicari kumpulan itu dikenali sebagai Botak dan merupakan rakannya yang tinggal berhampiran rumahnya.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka. Saya cuma diberitahu, mereka mahu berjumpa Botak, jika tidak tangan saya akan dipotong," katanya ketika di temui di wad Hospital Kuala Lumpur sini hari ini.

Menurut Kumanan, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dia yang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta Proton Perdana. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment