My Add

Monday 27 August 2012

OCBC semak semula unjuran ekonomi negara

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Ogos, 2012: OCBC menyemak semula pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.8 peratus pada tahun ini berbanding unjuran sebelumnya sebanyak 4.2 peratus.

Perubahan unjuran tersebut disebabkan oleh keputusan suku kedua dengan catatan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus.

Pakar Ekonomi OCBC, Gundy Cahyadi berkata, prestasi yang ditunjukkan Malaysia telah melepasi unjuran yang dilakukan oleh pihaknya untuk tempoh dua suku berturut-turut dan ia bukannya sesuatu yang mengejutkan memandangkan faktor pendorong merupakan lonjakan pertumbuhan pelaburan.

''Pertumbuhan itu disebabkan oleh sektor awam dan swasta, pengembangan dalam import modal yang kukuh untuk tempoh tersebut telah memberikan petanda pertumbuhan pelaburan yang memberangsangkan dalam ekonomi.

''Tetapi kadar perkembangan itu merupakan kejutan kepada kita, terutama apabila terdapat kesan negatif disebabkan ringgit yang lemah serta ketidaktentuan berpanjangan ekonomi global pada suku kedua,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment