My Add

Friday, 24 August 2012

Kuota benteng bumiputera miliki kediaman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 201: Kuota rumah bumiputera perlu dikekalkan kerana ia merupakan peluang terakhir golongan itu memiliki kediaman terutama di bandar-bandar besar di negara ini.

Sehubungan itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berharap, kerajaan tidak melayan permintaan pihak-pihak tertentu yang mahu ia dimansuhkan.

“Melalui kuota ini sahaja kerajaan dapat membantu dan membela nasib bumiputera dalam mendapatkan pemilikan rumah berikutan masih ramai golongan tersebut realitinya berpendapatan rendah di negara ini.

“Jika ia dimansuhkan, jurang pemilikan kediaman antara kaum di negara ini akan jelas kelihatan, sekali gus usaha mengukuhkan perpaduan dan keharmonian akan menemui kegagalan ekoran penempatan sistematik di sesebuah kawasan tidak lagi akan seimbang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment