My Add

Friday 24 August 2012

Malaysiakini gagal penuhi ikrar

Oleh ROSALINDA MD. SAID
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Portal berita propembangkang, Malaysiakini dianggap tidak memenuhi ikrarnya kepada rakyat berikutan semakin jauh menyimpang daripada prinsip asal yang dilaung-laungkan iaitu menjadi medium penyampaian maklumat bebas dan seimbang.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariyaberkata, ini kerana 'pembingkaian kandungan editorial' portal itu terlalu memihak kepada pembangkang dan begitu agresif memburukkan usaha-usaha kerajaan.

"Ia jelas menampakkan sikap tidak profesional Malaysiakini terutama dalam menjunjung kredibiliti dunia kewartawanan dan media.

"Lebih malang, portal berita ini semakin hanyut dalam mengetengahkan 'suara-suara' yang menentang apa jua inisiatif kerajaan untuk pembangunan dan kebaikan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment