My Add

Friday 24 August 2012

Remaja lelaki disyaki bakar teman wanita ditahan



KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.

Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment