My Add

Monday, 6 August 2012

Lelaki guna lesen memandu tebang 7 tahun ditahan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012:Seorang penunggang motosikal yang menggunakan lesen palsu sejak tujuh tahun lalu adalah antara yang ditahan dalam operasi pra perayaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man mendakwa bahawa dia sama sekali tidak menyedari bahawa lesen yang dipegangnya sejak 2005 itu adalah palsu kerana lesen itu diperoleh daripada sekolah belajar memandu.

"Saya memang tidak tahu itu lesen palsu sebab saya dapat daripada pihak pusat belajar memandu tempat saya ambil lesen. Kalau saya tahu itu lesen palsu buat apa saya biarkan.

"Lagi pun sejak saya dapat lesen tu, sudah tiga kali saya perbaharui tempoh sah di pejabat pos dan tidak timbul masalah semasa proses pembaharuan,” katanya yang turut didapati memegang kad pengenalan palsu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment