My Add

Monday 6 August 2012

Warga vietnam maut, isteri parah ditetak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Seorang lelaki warga Vietnam maut manakala isterinya parah selepas ditetak dipercayai akibat pergaduhan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian kira-kira 6.30 petang di rumah teres dua tingkat di Jalan Dayang 52/8 itu mula disedari jiran yang terdengar bunyi bising dari rumah berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Mangsa maut dipercayai akibat ditetak di kepala dan telinga kanan dengan beberapa kesan kelar serta tikaman di leher, dada dan bahu kanan, manakala isterinya cedera parah akibat empat tetakan di kepala.

"Siasatan awal mendapati mangsa lelaki yang berseluar pendek itu ditemui mati di bilik tidur utama rumah itu manakala isterinya dalam keadaan duduk dan berlumuran darah di ruang tamu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment