My Add

Tuesday 28 August 2012

Masyarakat India perlu nilai kesungguhan kerajaan: Murugiah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Masyarakat India perlu menilai kesungguhan kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bukan hanya menyalurkan peruntukan kewangan malah turut komited menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum tersebut.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kesungguhan itu membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Najib ketika ini bersungguh-sungguh mengajak masyarakat India bersama-sama dalam arus pembangunan negara.

Jelasnya, contoh terbaik adalah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) selain menyelesaikan masalah berhubung isu kewarganegaraan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment