My Add

Thursday 2 August 2012

Maut dilanggar kereta diundur bapa saudara

*BBERAPA kanak-kanak melihat tempat kejadian yang menyebabkan Nur Alya Izati Abdul Kadir maut akibat dilanggar kereta yang diundur bapa saudaranya di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan, Pahang kelmarin.

PEKAN, RABU, 01 Ogos -== Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini sudah tidak bermakna bagi seorang ibu apabila an, 2012:ak kesayangannya maut dilanggar kereta yang dipandu adiknya ketika mengundurkan kenderaan itu di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Nur Alya Izati Abdul Kadir berumur satu tahun lima bulan disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ibu mangsa, Khadijah Abdullah, 38, berkata, ketika kejadian dia membancuh susu di dapur manakala anaknya bermain di ruang tamu rumah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment