My Add

Thursday 2 August 2012

Suami, isteri hamil tujuh bulan maut

*KEMALANGAN yang melibatkan tujuh kenderaan dan mengorbankan sepasang suami isteri yang tersepit (lihat anak panah) akibat dirempuh bas sekolah di persimpangan lampu isyarat di AU3 menghala ke Jalan Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.

Kemalangan yang berlaku di Jalan 15/56, menghala ke Taman Setiawangsa itu mengakibatkan sepasang suami isteri, Koperal Hafeeze Mohd. Hanafi, 30, dan Siti Noor Edayu Roslan, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda dilanggar sebuah bas sekolah yang sarat dengan 50 murid setelah kenderaan itu dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni laluan berbukit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment