My Add

Friday 3 August 2012

Mercun, bunga api di rampas di bazar Ramadan

KLUANG, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM8,000 menerusi ”Ops Mercun” di dua bazar Ramadan, di sini sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, empat lelaki berumur 22 hingga 38 tahun turut ditahan kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit.

"Kesemua mercun dan bunga api itu dirampas di empat gerai di bazar di pusat bandar dan Batu 4. Kami percaya bekalan mercun dan bunga api itu diperoleh sejak dua bulan lepas dari Batu Pahat dan Johor Baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Majid, hanya bunga api jenis ”Pop Pop” dan ”Happy Boom” dibenarkan dijual dengan permit pihak polis.

”Ops Mercun” itu akan diteruskan sehingga Hari Raya, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntuk hukuman denda RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment