My Add

Friday, 3 August 2012

Petugas sekolah agama ditahan cubaan cabul

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Seorang petugas sekolah agama di Kemaman ditahan kerana didakwa cuba mencabul enam pelajar lelaki sekolah itu sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar Mei hingga Julai lalu di asrama sekolah berkenaan.

Katanya, keenam-enam pelajar itu berusia antara 9 hingga 14 tahun.

Petugas berusia 29 tahun itu didakwa cuba memaksa pelajar berkenaan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

"Kerana tidak tahan dengan perbuatan itu pelajar berkenaan mengadu kepada guru sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kemaman kira-kira 10 malam semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bertindak atas laporan itu, polis katanya menahan petugas berkenaan di asrama sekolah sejurus menerima laporan.

Suspek yang berasal dari Kedah itu ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana merangsang kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan terlampau, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment