My Add

Thursday 2 August 2012

Muhyiddin berbuka puasa bersama media, blogger

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012:: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan sulungnya sebagai Timbalan Perdana Menteri ke ibu pejabat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebentar tadi, sempena majlis berbuka puasa media dan blogger. 

Timbalan Perdana Menteri yang berbaju melayu merah jambu dan ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di ibu pejabat NSTP seawal jam 6 petang, sebelum membuat lawatan ke pejabat editorial BH dan Harian Metro. 

Sejajar dengan wajah baru BH yang diperkenalkan pada 1 Julai lalu, Muhyiddin bersama rombongan Pejabat Timbalan Perdana Menteri diberikan taklimat ringkas proses menghasilkan berita untuk akhbar dan pendekatan yang digunapakai media baru menerusi portal berita BH Online. 

Majlis berbuka puasa media dan blogger bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihoskan Media Prima Berhad adalah program anjuran pejabat Timbalan Perdana Menteri sempena bulan Ramadan.

Sementara itu, selepas berbuka puasa, Muhyiddin akan menunaikan solat Isyak dan Terawih di surau NSTP sebelum menyertai jamuan moreh bersama kakitangan NSTP dan media jemputan lain 


No comments:

Post a Comment