My Add

Tuesday 28 August 2012

Najib gesa rakyat sokong atlet Paralimpik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu dalam menyokong dan memberi sorakan semangat kepada atlet paralimpik Malaysia yang beraksi dalam Sukan Paralimpik di London.

"Ayuh kita beri sokongan padu kepada kesemua atlet paralimpik Malaysia dan memberi sorakan semangat kepada olahragawan dan olahragawati yang berani ini. Selamat maju jaya!" kata beliau dalam mesej tweeternya.

Malaysia diwakili 23 atlet yang mengambil bahagian dalam lapan acara iaitu memanah, olahraga, berbasikal, ping-pong, powerlifting, renang, lawan pedang berkerusi roda dan perahu layar.

Pada 11 Julai, Najib mengumumkan bahawa pemenang pingat emas pada temasya Paralimpik akan menerima insentif RM300,000, perak (RM200,000) dan gangsa (RM100,000).

Najib juga berkata kerajaan akan memberi pengiktirafan kepada atlet kebangsaan dengan anugerah kebesaran negara dan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment