My Add

Thursday 23 August 2012

Orang tengah’ perlu ada kebenaran khas

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Semua ‘orang tengah’ termasuk runner yang banyak beroperasi di kaunter-kaunter jabatan kerajaan perlu memiliki kebenaran khas sebelum layak berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan di masa depan.

Pengarah Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin (gambar) berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan integriti sektor awam yang sebelum ini banyak tercemar akibat tindakan ‘orang tengah’ yang tidak bertanggung jawab.

‘‘Runner di peringkat bawah, ‘orang tengah’ di peringkat atas yang terbabit dengan urusan perolehan tender pembekalan dan perkhidmatan juga tidak terkecuali.

‘‘Mereka ini (di peringkat atas) dikenali dengan pelbagai nama seperti pelobi, wakil khas, pengedar tunggal dan sebagainya,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment