My Add

Thursday 23 August 2012

Syor kaji semula rumah asas

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Pelbagai pihak mewakili kepentingan pengguna dan pekerja merayu kerajaan mengkaji semula konsep pembinaan rumah asas supaya ia tidak memberikan implikasi kewangan tambahan kepada pembeli.

Sambil memuji usaha kerajaan itu membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, FOMCA dan CUEPACS berpendapat masih ada sebilangan besar pembeli tidak mampu menanggung kos mengubahsuai dalam rumah asas yang dicadangkan itu.

Timbalan Presiden FOMCA, Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata pihaknya amat berharap kerajaan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum melaksanakan projek itu.

“Kita berpendapat adalah wajar sekurang-kurangnya rumah asas yang dicadangkan kerajaan itu dilengkapi tiga bilik kerana semua orang sedar pada masa ini harga rumah melambung tinggi sehingga ramai tidak mampu untuk membelinya,” katanya kepada BH, semalam. - BH

No comments:

Post a Comment