My Add

Monday 27 August 2012

Palanivel pilih Cameron Highlands tanding pada PRU-13?

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Ogos, 2012: Selepas empat penggal bertanding di Hulu Selangor, Presiden MIC, Datuk G.Palanivel dijangka memilih Cameron Highlands sebagai lokasi baru untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Utusan Malaysia difahamkan, sejak kebelakangan ini, Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sering berkunjung ke kawasan itu untuk menemui pengundi serta menyelesaikan beberapa isu penduduk termasuk tanah, kuil dan peruntukan.

Sebelum ini pun, timbul desas-desus mengenai kemungkinan tersebut sehingga menimbulkan 'keresahan' penyandang sekarang, Datuk S.K Devamany yang juga salah seorang naib presiden parti itu.

Bagaimanapun, sebagai Presiden, Palanivel sudah tentu mempunyai kuasa penuh melakukan percaturan politik bagi menentukan kedudukan mana-mana calon termasuk mengekal atau menggugurkan mana-mana penyandang.

Cameron Highlands yang dianggap kawasan selamat ketika ini diwakili oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selama dua penggal selepas memenangi kali pertama pada 2004.

Hulu Selangor pula yang pernah diwakili Palanivel ketika ini diwakili oleh P.Kamalanathan yang memenanginya melalui pilihan raya kecil yang diadakan pada 2009, menewaskan calon PKR, parti yang memenangi kerusi itu pada 2008.

Difahamkan, walaupun Palanivel mempunyai pilihan di Hulu Selangor, Sungai Siput, Tapah dan Segamat, Menteri Peneraju Sosio Ekonomi Masyarakat India itu lebih berminat memilih Cameron Highlands.

Palanivel dikatakan mendapat sokongan yang kuat daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sana termasuk masyarakat Orang Asli yang turut menjadi salah satu faktor dalam menentukan kemenangan calon pada PRU.

Malah banyak juga NGO tempatan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dikatakan telah menyatakan sokongan terbuka kepada Palanivel.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu, bukanlah sesuatu yang mudah bagi Palanivel untuk meletakkan dirinya sebagai calon di kawasan itu kerana lumrah politik BN, akan ada 'tangan-tangan ghaib' yang akan berusaha menggagalkannya.

Presiden MIC itu dijangka dikenakan 'tekanan' sebelum dapat bertapak sebagai calon di kawasan itu.

Pada PRU lalu, selain Cameron Highlands, MIC menang di kawasan Parlimen Segamat dan Tapah tetapi tewas di enam kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment