My Add

Friday 24 August 2012

Pas, DAP dilihat tetap pertahan pendirian

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Penganalisis politik melihat Pas dan DAP akan terus mempertahankan pendirian mereka dalam isu hudud demi kepentingan politik masing-masing.

Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid berkata, pendapatnya berdasarkan pendirian Pas sendiri bahawa mereka tidak akan lari daripada hukum hudud dan begitu juga DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh yang menentang keras hukum itu.

"DAP tidak boleh menyatakan persetujuan secara terbuka kerana kebanyakan penyokong mereka yang terdiri daripada orang Cina secara umum tidak memahami hukum hudud, menolaknya.

"Walaupun ada pemimpin mereka sedar bahawa hukum itu tidak membawa ancaman besar, namun ekoran waktu yang singkat menjelang pilihan raya umum akan datang maka mereka tidak boleh menyokong," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment