My Add

Friday 24 August 2012

'Perang dingin' PKR-DAP Pulau Pinang?

  Lim Guan Eng
MOHD IDROS MOHD ALI & GOKINA MORGANAN
GEORGE TOWN, KHAMIS, 23 Ogos, 212:Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment