My Add

Saturday 18 August 2012

PDRM diiktiraf di peringkat antarabangsa


*SALEH Mat Rasid menyerahkan cenderahati kenangan kepada Luis Carilho semasa kunjungan hormat beliau di pejabat Luis di Dili, Timor Leste, semalam.

DILI, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa menerusi peranan yang dimainkan mereka dalam menjaga keamanan di Timor Leste menerusi Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Malah, pegawai dan anggota PDRM yang bertugas disifatkan sebagai terlatih selain mempunyai kehebatan dari pelbagai aspek termasuk mempunyai kemahiran serta disiplin yang tinggi selain komited dengan tugas yang diberikan.

Pengiktirafan tersebut diterima daripada Pesuruhjaya Polis United Nations (Unpol), Ketua Polis-Supritendan Luis Carilho yang memuji komitmen tinggi diberikan pasukan PDRM yang menyertai Misi Pengaman PBB itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment