My Add

Sunday 5 August 2012

Unisel, kerajaan negeri digesa selesai segera isu kebajikan pelajar

SHAH ALAM, SABTU, 04 Ogos, 2012: Pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) yang gagal membayar kos pengurusan asrama dan kampus induk di Bestari Jaya dekat sini sehingga berbulan-bulan lamanya dipertikaikan sedangkan pelajar membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan, ini menunjukkan pihak pentadbiran universiti tidak mempunyai satu sistem pengurusan kewangan yang baik dan berkesan.

''Jadi, kita gesa pihak Unisel dan kerajaan negeri menjelaskan pelan tindakan segera mereka bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sebelum ini kerajaan negeri menyatakan mempunyai dana untuk diberikan kepada pelajar termasuk Geran Selangorku," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment