My Add

Friday 3 August 2012

Pengarah syarikat balak, anak didakwa pecah amanah RM11j

IPOH, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Seorang pengarah syarikat pembalakan dan perkayuan serta anak lelakinya hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM11.11 juta, tiga tahun lalu.

Tan Boon Huat, 59, pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat Perak Industrial Corporation Sdn. Bhd. didakwa melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM11,110,678.20 di syarikat itu beralamat Lot 5608, Jalan Ipoh, Sungai Siput (Utara) pada 28 Sept 2009.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, anak lelakinya Tan Kang Wei, 33, didakwa bersuhabat dengan Boon Huat untuk melakukan kesalahan pecah amanah jenayah ke atas wang berjumlah RM11,110,678.20 itu yang merupakan milik syarikat berkenaan pada 28 Sept hingga 22 Dis 2009.

Kang Wei turut dituduh di bawah seksyen berkenaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama yang turut membawa hukuman sama jika sabit kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment