My Add

Saturday 4 August 2012

Penduduk dikelirukan dengan projek istimewa?

*KHOO Boo Soon menunjukkan dokumen kerajaan negeri Pulau Pinang semasa mengadakan sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa mengelirukan rakyat apabila mengklasifikasi projek pembangunan di lereng bukit sebagai 'projek istimewa'.

Bekas Pemangku Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Khoo Boo Soon berkata, definisi yang diberikan kerajaan negeri itu menyebabkan penduduk tidak memahami apa yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka.

Jelasnya, sesebuah pembangunan boleh diklasifikasi sebagai projek istimewa apabila ia melibatkan pembinaan infrastruktur awam seperti jalan raya dan pengangkutan atau membabitkan isu keselamatan negara.

Beliau berkata, meskipun status tanah ditukar kepada kediaman melalui Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP 2020) atau ia sememangnya zon kediaman dalam Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pembangunan MPPP 1996, ia tidak boleh mendapat kelulusan pembangunan secara automatik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment