My Add

Friday 24 August 2012

Tidak akan berakhir selagi ada masalah dadah - Arfidah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: “Selagi ada dadah, takkan mungkin terhapus gelandangan yang tinggal di kaki-kaki lima dan tidur berbumbungkan langit."

Demikian tegas pengasas Rumah Sinar Salam, Arfidah Ab. Latif apabila diajak bersembang mengenai golongan tersebut terutamanya wanita dan kanak-kanak yang ‘dijaganya’ kini.

Menurut Arfidah, beliau yakin dua perkara itu mempunyai perkaitan rapat memandangkan dirinya sendiri pernah menjadi penagih serta ‘tauke’ dadah suatu ketika dahulu.

“Dahulu pendapatan saya mencecah RM50,000 sehingga RM75,000 dalam tempoh dua minggu. Taktik bagi memperbanyakkan pelanggan adalah dengan mendekati golongan gelandangan.

“Mereka kebanyakannya datang dari keluarga baik-baik dan merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Tetapi disebabkan kesempitan, maka terpaksa tinggal di tepi jalan buat seketika. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment