My Add

Thursday 23 August 2012

Pertumbuhan ekonomi hingga 5% munasabah

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Sasaran pertumbuhan ekonomi negara pada skala di antara empat hingga lima peratus setahun dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dilihat sebagai satu perangkaan yang munasabah.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor berkata, sasaran kepada pertumbuhan ekonomi untuk tiga tahun akan datang tidak mendatangkan masalah kerana ia turut mengambil kira soal kebajikan rakyat.

"Tiada apa yang mustahil untuk mencapai angka tersebut berasaskan pencapaian negara dalam suku kedua sebanyak lima peratus menunjukkan perkembangan yang positif," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara pada skala empat hingga lima peratus dalam tempoh tiga tahun berturut-turut termasuk kedudukan yang stabil dan mapan mulai tahun depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment