My Add

Sunday 5 August 2012

Royalti petroleum: Nik Aziz menghadap Sultan Kelantan

SHAH ALAM, SABTU, 04 Ogos, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda mengenai wakil negeri itu yang akan menganggotai Jawatankuasa Khas berhubung isu bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Nik Aziz berkata, setakat ini, pihaknya belum mengadakan perbincangan atau keputusan berhubung wakil Kelantan dalam jawatankuasa khas berkenaan.

"Saya sendiri akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda.

Hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Tabung Amanah bagi pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment