My Add

Thursday 9 August 2012

PRU-13: Umat Islam dilarang undi DAP

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Umat Islam dilarang mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana jelas perbuatan itu amat menyalahi perintah Allah SWT di dalam al-Quran.

Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, ini kerana DAP menentang hebat dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

''Mengundi DAP yang menentang perjuangan Islam adalah tidak wajar menurut Islam. Di dalam surah al-Maidah ayat kedua telah memerintahkan kita tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan dan bukannya tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.

''Justeru, mengundi DAP menyalahi ayat suci ini. Harapan kita masih optimis agar Pas memikirkan kerjasama dengan UMNO yang terbukti berjaya memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment