My Add

Thursday 9 August 2012

UPM cipta sistem kesan pergerakan spatial pesakit Alzheimer

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta rekod apabila berjaya menghasilkan sistem pengesan spatial pesakit Alzheimer dalam kalangan warga tua yang pertama di negara ini.

Produk yang dihasilkan oleh beberapa penyelidik UPM itu dinamakan sebagai Sistem Lokasi Semasa Alzheimer diyakini dapat membantu mengesan pesakit yang menghidap penyakit itu di peringkat awal selain meringankan beban penjaga pesakit berkenaan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Institusi Gerontologi UPM, kira-kira 300,000 rakyat di negara ini menghidap penyakit Demensia dan 150,000 daripadanya penghidap Alzheimer.

Ketua penyelidik Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff berkata, sistem itu berfungsi dengan menjejaki secara tanpa wayar dan memantau rapat pesakit Alzheimer dari radius 100 hingga 200 meter pada waktu semasa selain penggera bunyi akan berbunyi sekiranya pesakit berada di luar radius yang ditetapkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment