My Add

Sunday 5 August 2012

Rakyat berhak tahu isu Talam

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Ogos, 2012: Rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan penuh daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang semakin hari semakin mencurigakan ekoran pelbagai pendedahan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi (gambar) berkata, kerajaan negeri perlu membuktikan ketelusan dalam isu tersebut bagi memastikan kepentingan rakyat negeri Selangor tidak terjejas berikutan berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan.

"Kenapa Tan Sri Abdul Khalid tidak mahu menjawab, malah tiada inisiatif pun untuk menerangkan apa yang sudah berlaku?

''Rakyat Selangor semakin tertanya-tanya dan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pula meminggirkan prinsip Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang dilaung-laungkan,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment