My Add

Wednesday 1 August 2012

Selangor pusat sehenti urut?

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Dakwaan bahawa Selangor kini dilanda kebanjiran pusat urut dan hiburan berkemungkinan besar merupakan satu kejayaan untuk DAP.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini, DAP dipercayai berazam mahu menjadikan negeri itu seperti Macau di China, justeru sudah pasti menerusi laporan itu ia tidak memberi kesan langsung kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

''Pemerintahan pakatan pembangkang telah berjaya menjadikan negeri itu sebagai syurga dunia untuk negara ini. Kita tidak perlu lagi pergi ke Hatyai atau Phuket untuk mendapatkan khidmat 'mengurut' kerana di Selangor semua ada.

''Lebih mengelirukan, proses menukar Selangor menjadi seperti syurga dunia itu disokong oleh tiga Exco dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas. Jika dahulu mereka ini menentang maksiat tetapi kini sama-sama bersekongkol,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment