My Add

Saturday 4 August 2012

Tiga lelaki didakwa sembunyi wang curi

*DARI kiri, T. Ahilan, S. Subramaniam dan M. Murugan mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan berasingan membabitkan penipuan sindiket penyamaran sebagai pegawai polis pada Jun lalu di Mahkamah Sesyen, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH. JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Tiga lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menyembunyikan harta curi membabitkan wang berjumlah RM20,000, pada Jun lalu.

S. Subramaniam, 41, M. Murugan, 28, dan T. Ahilan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Shamshol Azwa Martadza.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan sengaja menolong menyembunyikan harta curi iaitu membenarkan akaun Public Bank Bhd. miliknya digunakan untuk kemasukan wang RM10,000 yang diperoleh melalui penipuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment