My Add

Thursday 2 August 2012

Tangani segera lambakan pusat urut

                *PUSAT hiburan banyak terdapat di sekitar Puchong.

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Kekhuatiran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna mengenai lambakan pusat urut dan hiburan di negeri Selangor harus dipandang serius semua pihak dan perlu ditangani segera.

Kebanjiran pusat-pusat yang tidak bermoral itu jelas membuktikan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah 'lepas tangan' dengan fenomena ini.

Bagi mendalami kegusaran beberapa NGO berkenaan, wartawan Utusan Malaysiamembuat tinjauan ke beberapa kawasan seperti di Seri Kembangan, Ampang dan Puchong.

Rata-rata mendapati kewujudan pusat urut mahupun pusat hiburan dilihat tidak sesuai kerana berhampiran dengan kawasan perumahan dan masjid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment