My Add

Thursday, 9 August 2012

TPM pengerusi mesyuarat ke-68 MTN

PUTRAJAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat ke-68 Majlis Tanah Negara (MTN) di Dewan Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra di sini.

Antara yang hadir ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar serta beberapa menteri Kabinet lain dan menteri-menteri besar.

Mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mesyuarat MTN diadakan bagi membincangkan dasar serta perundangan untuk memaju dan mengawal penggunaan tanah bagi maksud perlombongan, pertanian, serta perhutanan, di samping usaha lain bagi meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment